~The journey continues~

~Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari,DIA datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya- tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberikan pelangi.Tidak jelaskah pada mata pandangan kita akan sifat Ad-dhahir-Nya? Al badii'-Nya?Renung-renungkanlah wahai saudari, saudari muslimin dan muslimat sekalian. Wallahualam.~

Sunday, March 13, 2005

MCR games..2005..Welcoming the Deputy Prime Minister..


Karnival Pelajar Malaysia Manchester
Posted by Hello


12 March 2005.

A date to remember.
Kami beramai2 mcm biasela ahli kelab remaja sheffield telahpon sama-sama ke karnival manchester pada aritu! bertolak jam 7.30 pagi, kamipon naik bas yg telah di sediakan oleh abg2 undergrads..warna kuning pulak bas tu! senang nak spot on kalo tertinggal bas time balik nanti.hikhik..Kamipon join mereka, tak silap 4 buah bas yg bertolak ke mcr dari sheffield sahaja..Sepanjang perjalanan ke mcr, kamipon sembang2la dlm bas, tgk sheep2 kat luar tu, menikmati pemandangan yg cukup indah, boleh nampak tasik.. ade juga cebisan2 salji yg belum cair from winter aritu.. ~Memang indah ciptaan tuhan~...hehehe ade plak antara rakan-rakan yg bawa cd player time tu..jadi kamipon bergilir2 mendengar dendangan music dari cd..takdela boring sgt nanti dlm bas.. kakak2 dan abg2 yg lain sibuk dengan hal masing2..ade yg terlentok dlm bas, ade juga yg hanya termenung sambilan..tataula teringat pada siapa, kan?? Hanya Tuhan Yg Maha Mengetahui..hiihih

9.15 a.m.

Alhamdulillah setelah hampir 2 jam duduk dlm bas, kami sampai pon ke MCR..Program ini dijalankan di sebuah Sports Center die sana..mule2 ingat buat kat UNI..rupa2nye takla plak..heheh meneliti sekeliling, terasa mcm kat Malaysia plak..banyak bendera Malaysia yg disangkutkan di tiang2 lampu...terasa cam semangat patriotik tu mengalir dengan tiba2nya..ade sepanduk yg terbentang dengan segak....rindu Malaysia sebenarye...hiihihih ..kami ramai2pon turun bas, made our way to the main hall..setibanya di main hall..MasyaAllah, ramaila plak manusia2nya..ingat sikit aja..berkobar btol diorang nak sambut Datuk Najib yer..hehe tukang sambutnya pon ramai..Semuanya dressed up smart2..siap ade yg pakai suit dengan bunga sekali tu..
At that time, we felt as if we were out of place, because yg ade disitu mainly undergrads..Cari2 juga kwn2 yg datang dari tempat2 lain..tgk sekeliling, peek sana and sini,tak nampak pula kelibat diorang..hehe rupa2nya awal juga kitorang tiba.. Kami pon what to do? ikut jela ketua pasukan Sheffield, Abg dzuha yg telah mengarah kami supaya amik makanan dan minuman yg telah tersedia untuk we all, pastu masuk dlm dewan untuk aktiviti seterusnya pada hari itu..Masuk2.. tidak kurang hebat persiapan untuk menjemput menteri2 ney.. diorang tgh rehearse time tu..so, we lot found a nice spot to rest ourselves down..Letey jadinya kalo dah duduk dekat 2 jam dalam bas.

10.15 a.m
semakin ramai org yg tiba, including kwn2 kami dari Leeds, Notts, Birmingham..dengan diorang jerla yg kami rapat pon. Pusing2 Uk ney, muka2 yg sama juga yg akan ditemui..Because we have limited choice of friends, but that makes us very close to each other~ herm...tidak lama selepas itu, upacara bermula: when Datuk NAjib and his collegues arrived.. Time tu mcm upacara perkahwinan plak..siap ade kompang dengan bunga manggar!! hehehe menarik btol..mcm kat Malaysia plak rase,tapi itulah melayu tetap melayu, adat resam tak pernah ditinggalkan walaupon menetap di negeri orang..Di sambung pula denga nyanyian lagu Kebangsaan Negaraku...haih, lama tak nyanyi..hehe nasib baik masih ingat..Naya kalo tak..Org kata, lupa diri nanti..Semua org pon berdiri, memperlihatkan tanda hormat kepada lagu kebangsaan yg diudarakan..Selepas itu, mulalah Datuk Najib gave his sepatah 2 kata..hehehehe well for sure it wouldnt be sepatah 2 kata... it was actually quite a long speech.To know more about his speech, boleyla baca akhbar Utusan Malaysia published on the 13th March as far as i am concern; and banyak perkara yg disentuh oleh beliau, but most of it; all of us were already notified. But quite useful for a second memonto. Selepas itu, upacara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pelajar2 Cemerlang di UK, termasuklah salah seorang pelajar akan menamatkan PHDnya tahun depan dlm bidang nanotechnology dlm umur yg agak muda iaitu 25 tahun. Satu inspirasi baru pada kami semua!

12.00 p.m
Setelah penat berada di dalam dewan mendengar ucapan, tibalah masa kami untuk mengisi perut yg sudah kelaparan semenjak pagi lagi. Kami beramai-ramai beratur untuk mengambil makanan ( nasi berlauk) yg diberikan percuma kepada semua yang hadir pada hari itu. Barisan nya aduh , sungguhlah panjang, berduyun2 manusia yg menunggu giliran mereka. Mahu tidak mahu ,perut-nya sudah berbunyi, terpaksalah menunggu giliran sendiri walau terpaksa menunggu setengah jam pon. Apabila sudah mendapat makanan, kami kembali ke dewan semula; mengambil tempat untuk menikmat makanan kami. Sementara itu, kami juga telah dihiburkan dengan persembahan gabungan tarian dan lakonan yang amat menarik daripada remaja Leeds dan juga tarian daripada persatuan kebudayaan pelajar unviersity manchaster.


1.30 p.m onwards

Kami juga tidak lupa akan tanggungjawab kami untuk menghadap yang Maha Esa. Setelah menjamu selera, kami menuju ke surau untuk mengerjakan solat zohor.
Seterusnya, kami ke padang bola untuk melihat pasukan- pasukan yang bertanding pada hari itu. Antaranya ialah pasukan sheffield dan birmingham a.k.a "my favourite team"..ehheh In between, kami juga telah menyaksikan perlawanan persahabatan antara team Datuk Seri dengan pelajar university. Keputusan pada hari itu sungguh memuaskan hari kerana pasukan Birmingham telah berjaya merangkul tempat ketiga..Alhamdulillah, tidak rugi menjadi "pom-pom girl" hehehe..

6.00 p.m
Setelah puas menyaksikan perlawanan, dan juga mengambil kesempatan untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim dengan rakan-rakan yang hadir pada hari itu, sudah tiba masanya kami untuk berundur diri, pulang ke Sheffield.Semua yang hadir pada hari itu masing-masing hanya termenung sendirian memikirkan bilakah akan diadakan perjumpaan seperti lagi ini. Jarang sekali kami semua berjumpa sebegini, dan peluang hanya datang sekali.Namun apakan daya? itulah nasib anak perantau..We have to live with it in order to survive! Namun, insyaAllah event sebegini akan kekal diadakan pada tahun yang seterusnya dengan niat supaya semangat ukhuwah Islamiah tidak akan terpisah walau berada di mana jua.. Wallahualam...

_TAmat_

Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi nikmat yang tidak bernah terbatas pada diri, keluarga, masyarakat dan semua Umat Islam

P/S: kepada para pembaca, dipohon ampun dan maaf kerana petikan blog ini, bercampur aduk bahasanya. Namun itulah yang terbaik mampu dilakukan. InsyaAllah akan diperbaik pulih untuk petikan yang seterusnya.
Tulus Ikhlas,
Shawa.







0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home