~The journey continues~

~Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari,DIA datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya- tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberikan pelangi.Tidak jelaskah pada mata pandangan kita akan sifat Ad-dhahir-Nya? Al badii'-Nya?Renung-renungkanlah wahai saudari, saudari muslimin dan muslimat sekalian. Wallahualam.~

Thursday, March 24, 2005

Surat Untuk Adam

Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu
terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia
kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan
kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu,
tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau
lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa
aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku
maklumi.

Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…

Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk
memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha
Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah
menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang
ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi
jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana
aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan
aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah
hujung kakiku yang ayu.

Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang
sepatutnya!

Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi
isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku
telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan
kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu.
Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham,
aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke
hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki,
sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada
antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku
panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha…seksi kan?
Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah
sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?

Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah
puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!!
Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai mendidik,
kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan
dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu
dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer),
kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini
Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku
sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang
engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang
Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum
Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum
Hawa?

Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah
pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan
Adam-atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau
hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan?
Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu!
Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang
yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga
aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku
mengenai kalimah syahdu daru Tuhan kita agar dapat menjadi terang
hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah!

Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih
segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka
kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi
hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa
itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam!

P/S:~Bukanlah daku yg menulisnya malah apatah lagi malakar katanya, tetapi tertarik akan isinya,menjelaskan kata hati insan bernama wanita hidup di alaf ini~


Buat tatapan kaum Adam..

1 Comments:

  • At 12:33 PM , Anonymous Anonymous said...

    Thanks Shawa,now I understand my role and responsibility better....wanna be Adam for someone too
    (^_^)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home